Aku dan Muzik

Muzik. Aku memang meminati muzik. Muzik memberikan ketenangan. Muzik memberikan semangat. Muzik mengubat hati. Muzik menceriakan.

Rock. Aku memang akrab dengan genre muzik ini. Bermula dari susur galurnya, Blues. Membesar dengan Rock. Matang dengan Metal. Mendengar tanpa sempadan. Baik hasilan tempatan, mahupun negara jiran. Apatah lagi yang bernuansa antarabangsa dan yang tertutup dikepung Tembok Besar Cina dan terbitan Israel, negara yang tak punya raga.

BB King
Sumber gambar: http://www.biography.com/people/bb-king-9364839

Eric Clapton
Sumber gambar: http://www.rollingstone.com/music/news/clapton-at-the-crossroads-
the-guitar-is-in-safe-hands-20140716

Aku terinspirasi dengan legenda Blues ini daripada Allahyarham bapa saudaraku, insan yang memperkenalkannya ketika aku masih kecil. Blues yang latar utamanya adalah kata-kata keluh kesah menangisi nasib kumpulan marhaen kulit hitam mahupun kumpulan pekerja kulit putih dan dimelodikan oleh petikan gitar yang kaadang kala melankolik tetapi sering juga agresif terkawal. Hasil karya nama-nama terkenal seperti BB King, Eric Clapton, Stevie Ray Vaughan, Buddy Guy, Jimmi Hendrix, Robert Johnson dan Muddy Waters, Blues Gang adalah santapan rohaniku khususnya di saat menanti mata terlena.

The Rolling Stones
Sumber gambar: http://www.jambase.com/article/the-rolling-stones-to-play-free-
concert-in-cuba

Led Zeppelin
Sumber gambar: http://ppcorn.com/us/2016/01/15/led-zeppelin-physical-graffiti-
album-review/

Bila membesar aku terkhayal dengan generasi Rock bermula dengan demam Woodstock yang muncul pada tahun kelahiran aku (1969) yang diberi julukan Classic Rock, Hard Rock hinggalah dimodenisasi pada abad ke 20, Grunge Rock (Alternative Rock). Rock, irama yang berbaur keras, sederhana dan lembut membawa pelbagai cerita yang ingin diluahkan. Keras bila membicarakan hal peperangan (khususnya Perang Vietnam), kepincangan politik dan lembut bila berkata tentang cinta. The Rolling Stones, The Beatles, Led Zeppelin, The Who, Pink Floyd, ACDC, Eagles, Deep Purple, John Lennon, U2, Queen, Guns N Roses, Nirvana, The Allmann Brothers, The Doors, KISS, Sweet Charity, Ramli Sarip, Kembara, M Nasir, Search, Iwan fals, God Bless, Slank, Sheila On 7, Noah (Peterpan) dan banyak, banyak lagi adalah halwa telingaku kebiasaanya bila aku sedang dalam era pengajian, menyempurnakan tugasan dan mengulangkaji nota-nota kuliah.

Metallica
Sumber gambar: http://www.komp.com/2016/02/metallica-free-pre-super-bowl-concert/

Black Sabbath
Sumber gambar: http://www.rollingstone.com/music/news/black-sabbath-on-sixties-
origins-we-were-rejected-again-and-again-20160225

Metal, atau lebih spesifik Heavy Metal adalah mainanku khususnya di era aku mula berkarier. Semangat muda. Semangat untuk mengejar impian memerlukan dokongan untuk kuat dan melodi ini amat membantu. Persetan dengan liriknya yang berhujah tentang keganasan, kematian, ketakutan, dunia bawah (neraka) dan pelbagai. Aku tak terdorong langsung dengan lirik ini kerana tidak memberikan sebarang kesan (dengar lagunya sahaja tanpa mendengar dan memahami liriknya kerana terlalu sukar digali dan terlalu sukar difahami akibat suara penyanyinya yang keras). Irama dari pengibar bendera Metal seperti Black Sabbath, Metallica, Megadeth, Anthrax, Slayer, Iron Maiden, Judas Priest, Motley Crue, Wings, Jamrud, Boomerang dan berbaris lagi dari seluruh pelusuk dunia kini hanya berperanan sebagai penguat dan pembesar mata bila nafsu mengantuk itu datang ketika memandu.




Senyum tak perlu berkata apa-apa.

No comments:

Post a Comment